Since tomorow will be the day of rear seatbelt use and enforcement, I thought I should give some information about that. Hope this info will help you to understand the new law.
Source:
Pandu CermatBermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:
1. kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
2. kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
3. kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
4. kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan.
Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun bermula dari 1 Januari 2009.
Kerajaan telah mendapat kerjasama dari pihak industri dan beberapa pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma bagi kenderaan yang masih belum dipasang dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut.
Peraturan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 sedia ada berkenaan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk hadapan adalah masih terpakai ke atas semua jenis kenderaan .
For the frequently asked question (FAQ), below is the answer. Hope this will help too.
Soalan 1 Apakah jenis kenderaan yang dikecualikan memasang tali keledar belakang ?
Jawapan : kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995. kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa, lori dan bas.
Soalan 2 Berapa lamakah tempoh masa pemasangan yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian yang diwajibkan memasang tali keledar belakang ? Jawapan : Pemilik kenderaan persendirian yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995 tetapi belum dilengkapi dengan tali keledar belakang, diberikan tempoh pemasangan selama 3 tahun, bermula 1 Januari 2009.
Soalan 3 Bagaimanakah isu bilangan penumpang yang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang ?Jawapan : Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut.
Soalan 4 Bagaimanakah isu pemakaian tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi ?Jawapan : Pemakaian dan penggunaan tali keledar bagi kanak-kanak dan bayi adalah amat digalakkan bagi tujuan keselamatan, namun ianya masih tidak diwajibkan. Pihak JKJR menasihatkan para ibubapa agar menggunakan tali keledar bersama kerusi atau jenis tempat duduk keselamatan kereta mengikut umur /berat kanak-kanak atau bayi.
Kerusi keselamatan bayi – bayi baru lahir hingga umur 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul. Kerusi keselamatan kanak-kanak – 9 bulan hingga hampir tahun, berat di antara 9 hingga 18 kg. Kerusi penggalas – 4 hingga 11 tahun, berat antara 15 kg hingga 36 kg.(Risalah dilampirkan)
Soalan 5 Apakah risiko atau kesan jika tali keledar belakang tidak digunakan ?
Jawapan : Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan. Pada kelajuan 50 kmsj penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.
Soalan 6 Apakah faedah dan rasional penguatkuasaan pemakaian tali keledar terhadap aspek pengguna dan keselamatan jalan raya ?Jawapan : Berdasarkan perangkaan tahun 2007, penggunaan tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1050 kes cedera ringan.
Pelaksanaan inisiatif tali pinggang di belakang berupaya menyumbang untuk mengurangkan kadar kematian sebanyak 50%, kecederaan parah 45% dan kecederaan ringan sebanyak 50% bagi penumpang di belakang. Ianya juga berupaya menyumbang untuk mengurangkan risiko pemandu dan penumpang di hadapan sebanyak 75%.
Soalan 7 Bagaimanakah isu kos dan pemasangan tali keledar belakang ?Jawapan : JKJR telah menandatangani MOU dengan pihak PROTON, PERODUA dan HONDA, ketiga-tiga syarikat pengeluar kenderaan ini telah bermurah hati akan memberikan tali keledar dan perkhidmatan pemasangan secara percuma bagi kenderaan keluaran mereka. Sehubungan dengan itu para pemilik kenderaan terbabit yang masih belum dilengkap tali keledar belakang digesa mengambil peluang ini untuk memasang tali keledar belakang dalam tempoh yang ditetapkan. Para pemilik kenderaan juga dipohon agar menunggu makluman atau pengumuman yang dijangkakan pada awal bulan Disember daripada syarikat-syarikat terbabit, melalui media massa berkenaan prosedur untuk mendapatkan pemasangan percuma tali keledar belakang.
Soalan 8 Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak JKJR bagi memastikan para pengguna jalan raya mengamalkan pemakaian tali keledar belakang bagi mencapai matlamat utama kearah keselamatan jalan raya ?
Jawapan : Bermula 1 Jun 2008 yang lalu, Kerajaan memulakan kempen advokasi pemakaian tali keledar belakang. Ianya merupakan satu pendekatan bagi melaksanakan dasar baru keselamatan jalan raya iaitu pemakaian tali keledar belakang, sebelum tindakan penguatkuasaan dimulakan. Kempen advokasi ini diadakan bagi tempoh 6 bulan, iaitu sehingga 31 Disember 2008. Kempen advokasi ini bertujuan untuk membiasakan orang ramai terhadap peraturan baru pemakaian tali keledar belakang. Jabatan Keselamatan Jalan Raya di seluruh negara telah menggerakkan para pegawai di peringkat Negeri bersama rakan kongsi untuk memperhebatkan lagi pelaksanaan kempen advokasi bagi pemakaian tali keledar belakang.
Dalam kempen advokasi ini para pemandu dan penumpang diberikan nasihat dan maklumat berkenaan kepentingan dan faedah pemakaian tali keledar belakang, kesan negatif jika tidak memakai tali keledar, tempoh kempen advokasi dan tarikh penguatkuasaan, kenderaan diwajibkan dan dikecualikan bagi pemasangan tali keledar belakang serta risalah-risalah dan pelekat “Jom Klik” berkaitan penggunaan tali keledar depan dan belakang.
Pelaksanaan kempen advokasi ini juga telah mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada syarikat-syarikat konsesi lebuhraya di seluruh negara seperti PLUS, Besraya, MTD, LITRAK dan NPE bersama rakan kongsi, bagi melaksanakan kempen advokasi setiap hari dengan berlandaskan motto “Tiada Hari Tanpa Advokasi” dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai terhadap isu-isu keselamatan jalan raya.
Kempen-kempen advokasi melalui sesi nasihat dan penerangan juga dilaksanakan meliputi program-program penguatkuasaan dan pendidikan keselamatan jalan raya seperti Ops Bersepadu, pameran, ceramah, seminar, ‘e-mailblast’ dan juga program temu bual bersama radio-radio tempatan.
Soalan 9 Menjelang tempoh 60 ke arah penguatkuasaan undang-undang pemakaian tali keledar belakang, apakah saranan pihak JKJR kepada para pengguna jalan raya ?
Jawapan : Menjelang 60 hari kearah penguatkuasaan pemakaian tali keledar belakang, JKJR menyeru agar para pengguna sentiasa mengamalkan pemakaian tali keledar kerana pihak PDRM dan JPJ akan memperhebatkan advokasi dengan mengeluarkan Notis Amaran secara pentadbiran dan tanpa saman kepada para pengguna kereta persendirian yang telah dilengkapi peralatan tali keledar belakang tetapi tidak memakainya, bagi tujuan menyedarkan dan menyediakan masyarakat terhadap pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang tali keledar belakang mulai 1 Januari 2009.
Penguatkuasaan pemakaian tali keledar belakang hendaklah dilihat dari sudut keselamatan di jalan raya dan usaha-usaha kerajaan di dalam mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan di jalan raya serta usaha mewujudkan budaya kawalan kendiri di kalangan pengguna jalan raya supaya isu-isu keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di beri keutamaan demi melindungi pengguna jalan raya daripada kecederaan dan kemalangan maut.